Sumber gambar: kehidupan-insan.blogspot.com
Dalam Islam, pelancongan atau jaulah secara umumnya bererti musafir yang melakukan perjalanan jauh ke sesuatu tempat dengan niat dan tujuan yang baik. Pelancongan juga boleh membawa maksud:
- Ziarah atau lawatan ke sesuatu tempat.
- Rehlah iaitu keluar dari tempat tinggal menuju ke tempat lain atas tujuan tertentu.
- Siyahah atau pengembaraan.
Pada masa yang sama, pelancongan tidak seharusnya bertujuan untuk berhibur semata-mata tetapi wajib mempunyai matlamat yang bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Antaranya ialah:
- Meningkatkan iman melalui pemerhatian alam serta keajaiban penciptaannya.
- Mengabdikan diri kepada Allah seperti menunaikan haji, ziarah, berjihad dan berdakwah.
- Mengambil iktibar dan pengajaran.
- Mencari ilmu dan pengetahuan.
- Mengertkan silaturrahim.
Oleh yang demikian, Islam telah memberi rukhsah atau kelonggaran dalam kewajipan puasa dan solat agar musafir dapat melakukan perjalanan jauh perjalanan jauh dengan selesa dan tidak lalai dengan tanggungjawab sebagai hamba. Orang yang bermusafir dibolehkan menjamak (menggabungkan waktu solat) solat Zuhur dengan Asar serta Maghrib dengan Isyak sekaligus mengqasar solat dengan memendekkan jumlah rakaat solat Zuhur, Asar dan Isyak yang masing-masing berjumlah empat rakaat menjadi dua rakaat. Sementara itu, musafir diberi keringanan untuk berbuka puasa apabila melakukan perjalanan dalam bulan Ramadhan tetapi wajib menggantikan puasanya sebanyak yang ditinggalkannya di luar bulan tersebut.
Secara ringkasnya, Islam menggalakkan penganutnya melancong asalkan perjalanan tersebut menepati etika yang ditetapkan bagi memastikan pelancongan tersebut mendapat keredhaan Allah SWT.
- Etika dengan Allah
A. Setiap aktiviti pelancongan mestilah berpaksikan kepada Allah SWT dan tidak bertentangan dengan hukum syarak.
B.Memanfaatkan sumber yang ada dengan menggunakan akal dan anggota badan dengan cara yang terbaik sebagai tanda syukur keatas segala nikmat yang diberi.
C. Menunaikan ibadah-ibadah khusus dan umum.
2. Etika dengan Manusia
A. Menjaga aurat dan batas pergaulan sesama insan.
B. Menjaga dan menggunakan bahasa pertuturan yang baik bersesuaian dengan masyarakat yang dilawati
C. Menghormati budaya, adat resam dan kepercayaan masyarakat setempat.
3. Etika dengan Alam
A. Menjaga kebersihan dan keindahan alam.
B. Tidak berlaku zalim sesama makhluk ciptaan Allah seperti menebang pokok tanpa sebab.
Akhirnya, penciptaan alam merupakan lambang kebesaran Allah SWT di samping sebagai amanah untuk diurus dan dipelihara mengikut syariat. Oleh sebab itu, manusia haruslah memakmurkan sumber alam dengan berhemah dan beretika.
Sumber:
- http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20120918/ba_02/Kelebihan-bermusafir
- http://www.academia.edu/3788952/Hospitaliti_dan_Pelancongan

No comments:
Post a Comment